4) Kitab ajaran Buddha- Buddha dan Maitreya

Dalam Gospel of Buddha oleh Carpus pada halaman 217 disebutkan:

“Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukannya yang terakhir. Suatu hari nanti, bakal lahir seorang Buddha di dunia yang menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia memiliki ilmu dan kebijaksaan. Dia bakal menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia bakal mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA.”

Berpandukan kata-kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara iaitu:
• Beliau adalah seorang manusia (rujuk surah al-kahfi:110)
• Beliau mempunyai peribadi mulia (rujuk surah al-Qalam:4)
• Beliau bakal datang sebagai pemimpin manusia (rujuk surah an-Nisa’:80)
• Beliau juga seorang pembimbing yang bakal mengajar kebenaran kepada semua (rujuk surah al-Imran:163)
• Beliau diutus kepada seluruh manusia dan bukan kepada kelompok tertentu sahaja (rujuk surah as-Sabak:28)
• Ajaran yang dibawanya adalah ajaran yang lengkap (rujuk surah al-Maidah:3)
• Beliau diberi nama Maitreya

Kesimpulannya, Firman Allah

24. Sesungguhnya Kami mengutusmu Dengan (ugama) Yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada Dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran. (surah al-Fathir)

Berdasarkan ayat ini, Sheikh Said Hawwa dalam kitabnya al-Asas fit Tafsir berpendapat bahawa tidak mustahil bagi Allah mengutus rasul-rasul di kalangan bukan negara Arab. Justeru ini walaupun tidak dapat sebarang dalil yang jelas selain al-Quran seperti Hindu, Buddha dan sebagainya adalah daripada Allah namun kita tidak dapat menolak terus kemungkinan ia juga datangnya daripada Allah. Firman Allah

36. Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (surah an-Nahl:36)

Al-Quran juga menegaskan, ada Rasul yang Allah tidak ceritakan mengenai mereka kepada kita. Firman Allah:

164. Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (surah an-Nisa:164)

Tokoh Islam seperti Profesor Dr. Jamal Badwi, pengarah Pusat Islam di Halifax, Kanada dan juga ahli jawatankuasa Majlis Fikah Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) berpendapat, walaupun tidak ada sebarang nas yang jelas menunjukkan pengasas-pengasas dan kitab-kitab ajaran seperti Hindu,Buddha dan yang lain-lainnya adalah daripada Tuhan, namun kita tidak dapat terus menolak kemungkinan ia juga mungkin datang daripada Allah berdasarkan nas-nas yang disebutkan. Justeru, tidak ada salahnya umat Islam memanfaatkan isi-isi kitab ajaran ini asalkan ia selari dengan dasar-dasar Quran dan Sunnah.

(26 RAMADHAN 1429)