Pengunjung

BANGKIT!!!

Muhasabah: Amat penting mendalami Sirah Nabi

Benarlah kenyataan sebahagian para ulama setelah tamat menjalani proses tarbiyah pada bulan Ramadan, mereka mengingatkan kita pula agar jangan lupa untuk terus bermohon dengan menadah tangan ke hadrat Allah Yang Maha Besar dalam segala hal, supaya kita sentiasa diberikan petunjuk hidayah-Nya ke jalan kebenaran.

Apa kita mengamati kenyataan itu, memang ada kebenarannya, kerana bukan semua orang Islam khususnya dalam negara kita ini yang terus komited dengan Islam.

Mengapa tidak, sebulan kita berpuasa pada siang hari dan waktu malam bersolat Isyak dan Tarawih bertujuan untuk mensucikan hati, tiba-tiba ada sebahagian mereka merosakkan hati dengan program hiburan pada malam raya, tidakkah tindakan itu menyalahi ajaran baginda Rasulullah s.a.w.

Kita perlu sedar, bahawa petunjuk hidayat Allah tidak terhenti untuk dipohon pada Ramadan sahaja, malah ia perlu dilakukan sepanjang masa agar seluruh agenda hidup kita menepati tuntutan daripada ajaran baginda Rasulullah s.a.w.

Para ulama juga berpesan, ketika menyambut hari raya janganlah kita lupa pula untuk memperdalami Sirah Nabi Muhammad s.a.w., kerana ia merupakan rujukan penting buat kita bagi menerajui kehidupan berteraskan kebenaran yang ditonjolkan bagi dalam sirahnya itu.

Kenyataan mereka ada kebenarannya, kerana Sirah Nabi Muhammad s.a.w. pernah didefinisikan oleh ulama-ulama sirah seperti Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Dr Munir Muhammad al-Ghadban antara lain: Sirah Nabi Muhammad itu adalah pelaksanaan Islam secara praktikal, contoh terbaik bagi mendirikan sebuah Negara Islam, ia juga merupakan sumber pelaksanaan undang-undang Islam dan akhlak-akhlak Islam.

Apabila kita teliti dengan saksama definisi Sirah yang dilontarkan oleh mereka, kita dapat menyelami maksud bahawa segala tindakan, cara hidup, cara bermuamalah, berpakaian, berpolitik, berjiran, mentadbir negara dengan undang-undang Islam dan banyak lagi, semuanya dipraktikkan oleh Nabi yang juga melaksanakan Islam dalam bentuk yang menyeluruh.

Alangkah sedihnya apabila kita dibekalkan oleh para pentazkirah yang diundang khas untuk menyampaikan tazkirah di surau atau masjid yang berdekatan dengan rumah kita pada sebulan Ramadan, banyak pengisian, maklumat agama dan semasa berpaksikan ilmu-ilmu al-Quran, hadis Nabi, Sirah dan lain-lain, ia bertujuan untuk menjadikan kita insan-insan yang dapat mempraktikkan Islam dalam Ramadan dan Syawal, tiba-tiba ada perkara yang merosakkan pahala secara sedara ataupun tidak.

Sebagai contoh, Nabi Muhammad s.a.w. telah mencontohkan kepada kita secara praktikal cara bermuamalat sesama ahli keluarga dengan menjaga batas-batas aurat dengan sempurna, walaupun termasuk ipar duai, biras ibu saudara atau anak saudara perempuan isteri yang bukan mahram dengan kita atau sebaliknya.

Bayangkan pada hari raya baru-baru ini, kita pulang ke kampung untuk menyambutnya dengan girang dan gembira sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana berjaya menjalani ujian puasa sebulan di siang hari, kita berkumpul dengan ahli keluarga yang besar jumlahnya, termasuk kakak-kakar ipar, adik-adik ipar perempuan, biras perempuan yang tidak memahami batas-batas aurat sehingga mereka hanya berhijab (bertudung kepala) ketika dalam perjalanan pulang dalam kereta, tetapi membukanya setelah sampai di rumah mentua mereka.

Tidakkah itu yang pernah dikatakan oleh Nabi, bahawa mati lebih baik daripada kita melihat aurat mereka, ia berlaku dalam rumah kita atau rumah mentua kita sendiri, tidakkah itu satu kemungkaran yang mesti ditangani, Nabi mengajar kita supaya mengubah kemungkaran dengan kuasa yang ada, kalau tidak pun dengan lidah (bercakap) mengenai kemungkaran itu atau pun hanya sekadar berdoa dalam hati yang dianggap selemah-lemah iman.

Kenapa kita mampu mengubahnya? Sanggupkah kita melihat rumah kita sendiri dipenuhi dengan perkara yang dibenci Allah? Pada waktu yang sama kita dibekalkan maklumat agama dalam tazkirah yang disampaikan pada malam-malam Ramadan.

Apakah kita sanggup melihat saban tahun menyambut hari raya dalam keadaan kita berdosa kepada Allah SWT? Kalau persekitaran kita pada hari ini tidak bersifat Islamik kerana tidak mampu untuk membendung kemungkaran, mengapa kita membiarkan kemungkaran yang sama juga melanda rumah tangga kita? Di sinilah letaknya keupayaan dan keberkesanan ilmu yang kita garap sebelum dan selepas Ramadan.

Ini menunjukkan bahawa, pentingnya ilmu-ilmu fiqh yang menceritakan persoalan hukum-hukum agama, akidah yang memantapkan kepercayaan kita kepada Allah, Sirah Nabi yang mencontohkan Islam secara praktikal, ilmu tafsir yang menghuraikan isu-isu semasa, hadis-hadis Nabi yang memimpin kita ke jalan kebenaran.

Justeru, kita perlu mengintegrasikan ilmu-ilmu tersebut dalam satu tubuh badan kita sebagai Muslim yang komited kepada Islam. Mengapa kita masih tidak mahu memantapkan diri dengan ilmu-ilmu tersebut, kita masih mahu membuang masa dengan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan Islam.

Ingatlah wahai saudara-saudariku sekalian, kematian tidak mengenal usia atau memilih kedudukan seseorang, ia akan menjemput kita menghadapi Allah SWT. Biarlah ketika nyawa kita dicabut, kita berada dalam keadaan dan suasana yang amat disukai Allah, sama ada ketika membaca al-Quran, mendengar kuliah agama, memberi nasihat atau motivasi yang baik-baik kepada anak-anak kita, memantau pembelajaran mereka dan sebagainya, apatah lagi ketika kita sedang tunduk dan sujud kepada-Nya.

Sesungguhnya memperkasa diri dengan Sirah Nabi banyak membantu kita untuk mengislamisasikan agenda hidup, termasuk mentadbir negara dengan undang-undang Islam yang dicipta khusus kepada kita oleh Allah SWT Yang Maha Bijaksana.

Nabi Muhammaad Seorang Pedophile?

Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan 'Pedophile' bererti 'an adult who has sexual desire for children or who has committed the crime of sex with a child..'. Ia bermaksud 'seorang dewasa yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.'

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun..

Ye ke?

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika. Malah di Tanah Melayu ketika dulu, ramai di kalangan nenek kita yang berkahwin seawal umur 9 tahun! Bagi yang masih mempunyai nenek yang lahir sebelum merdeka, cuba tanya mereka.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.

La Tahzan

Syed Qutb


Kita akan merasa perjuangan ini sempit bila kita memikirkan kita yang akan memulakan perjuangan. Akan tetapi, apabila kita memikirkan bahawa perjuangan ini bukan kita yang menamatkannya dan kita hanya salah satu dari mata rantai antara rantaian yang panjang, maka kita akan merasa betapa luasnya perjuangan kita ini kerana keluarga kita bukan diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan aqidah.

DALIL-DALIL TANDA KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W (part 2)




1) Bible- Nabi Muhammad juga telah diceritakan dalam Kitab Bible


a) Perkataan Mahamuddim dalam Bible
Didalam The English Version of The Authorised Version of the Bible pada bab Song of Solomon ayat 16 disebutkan:

“His mouth is most sweet:
Yea, he is altogether lovely (Mahamuddim)
This is my beloved and this is my friend,
O daughters of Jerusalem.”

Terjemaahan dari Bible al-Kitab (1996) terbitan The Bible Society of Malaysia adalah:

“Begitu manis tutur katanya,
Segala yang ada padanya menawan hatiku.
Demikianlah kekasihku dan sahabatku
Hai puteri-puteri Yerusalem.”

Perkataan ‘he is altogether lovely’ yang tercatat dalam Bible sebenarnya terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Ibrani atau Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Perkataan ‘Im’ (imbuhan terakhir perkataan Mahamuddim) dalam bahasa bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya ‘Im’ pada perkataan ‘Elohim’. ‘Eloh’ bermaksud Tuhan dan ‘Im’ bermaksud yang Maha Mulia.

Justeru, ‘Elohim’ bermaksud ‘Tuhan Yang Maha Mulia’. Apabila kaedah yang sama digunakan pada perkataan ‘Mahamuddim’, ia membawa maksud ‘Mahamadd yang mulia’ atau ‘Mahamadd yang terpuji’. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud ‘dia yang terpuji’.


b) Istilah Himdah, Shalom, dan Periclytos
Dalam Kitab Old Testement di dalam versi The Authorised Version of the Bible bab Haggai ayat 7 sehingga 10 disebutkan:

“And I will shake all nations,
and the Himdah of all the nation will come,
and I will fill this house with glory, says the Lord of hosts.
Mine is the silver, mine is the gold, says the Lord of hosts,
the glory of my last house shall be greater
than that of the first one, says the Lord of hosts;
And in this place I will give Shalom, says the Lord of hosts.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia al-Kitab (1996) adalah:


“Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam:
Sedikit waktu lagi maka aku bakal menggoncangkan
langit dan bumi, laut dan darat; aku akan menggoncangkan
segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan
segala bangsa datang mengalir…
dan ditempat ini aku akan memberi
damai sejahtera, demikianlah, firman TUHAN semesta alam.”

Berkaitan dengan Himdah, ayatnya yang asal adalah ‘ve yavu himdath kol haggoyim’ dalam bahasa Inggeris pula bermaksud ‘and will come the Himdah of all nations’ yang maksudnya ‘dan akan datang Himdah bagi segala bangsa’. Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Hamada dan ini selari dengan huruf-huruf asal bagi nama Ahmad dan Muhammad.

Shalom pula selari dengan perkataan Arab salama yang melahirkan perkataan Islam. Islam bermaksud damai dan sejahtera. Al-Kitab Bible Indonesia menggunakan kedua-dua perkataan ini bagi menterjemahkan Shalom.

Justeru, ayat ini sebenarnya menceritakan mengenai seorang Himdah yang akan diutuskan kepada segala bangsa dan kepadanya dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan bagi manusia. Kisah ini selari dengan Ahmad atau Muhammad yang diutuskan oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam.

Di dalam kitab Perjanjian Baru, perkataan yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Perkataan Paracletos perlu difahami mengikut bahasanya yang asal. Dalam bahasa Yunani kuno, perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Periclytos dalam bahasa Inggris bermaksud illustrious, glorious, dan praised atau ‘dia yang dipuji’. Ia juga selari dengan Nabi Muhammad s.a.w.


c)Nabi yang Ummi
Dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Isaiah ayat 12 disebutkan:

“And the book is delivered,
To him that is not learned
Saying, read this, I pray there:
And he saith, I am not learned.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia al-Kitab (1996) adalah:

“Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang
Yang tidak dapat membaca dengan
Mengatakan: ‘Baiklah baca ini’,
Maka ia akan menjawab:
‘Aku tidak dapat membaca’.”

Nabi Muhammad adalah seorang Ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa Baginda beruzlah di gua Hira’, disuruh oleh Malaikat Jibril supaya membaca. Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca.” Selepas itu, turun Wahyu pertama dan isinya seperti tertera pada Surah al-Alaq ayat 1 sehingga 3. Firman Allah S.W.T

1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia.

Ternyata! Ayat-ayat Bible ini selari dengan apa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad yang ummi semasa penurunan wahyu pertama ini. Nabi Isa tidak pernah dikenali sebagai nabi yang ummi.

Beruntunglah Kita


"Ad-Du'a Silahul Mukminin"
maksudnya: "Sesungguhnya DOA itu adalah senjata bagi orang-orang beriman."
(Rasulullah SAW)


Siapa Aku?



(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Perintah Menjaga Hazar.


Perintah menjaga hazar dapat digali dalam sirah baginda saw, iaitu yang masyhur adalah ketika baginda berhijrah ke madinah bersama-sama sahabat setianya Abu Bakar r.a. Para ulama’ berpendapat bahawa tindakan Nabi saw berhijrah bersama-sama dengan Abu Bakar r.a. dalam keadaan hazar (berwaspada) dalam suasana malam dan sunyi, yang mana tempat tidurnya diganti oleh Saidini Ali r.a. adalah tindakan yang septutnya diambil oleh manusia biasa yang lainnya.

Inilah sunnah yang perlu diikuti oleh setiap penggerak harakah Islamiyah iaitu mengambil langkah berhati-hati mengelakkan dari ditangkap oleh musuh-musuh. Nabi saw mengamalkan hijrah dalam keadaan rahsia walaupun baginda sentiasa dipelihara oleh Allah menunjukkan bahawa taktik dan strategi sirr dan hazar adalah sunnah yang patut diamalkan, berbeda dengan tindakan Saidina Umar r.a. yang berhijrah dalam keadaan mengisytiharkan dirinya dalam keadaan pedang terhunus, bukan juga menunjukkan tindakannya adalah keterlaluan ataupun jahil, tetapi sebagai petanda bahawa Umar memiliki keistimewaan tersendiri.

Selain itu dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman:
“Jika engkau Muhammad berada di antara mereka yang Islam, lalu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri solat besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah datang golongan kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus, dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu menanggung sakit, dan siap sedialah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang hina bagi orang-orang kafir.” (An-Nisa’ : 102)

Ayat di atas dengan tegas menunjukkan wajib berhazar dengan diterangkan kaedah dan cara-cara berwaspada, diperintahkan memegang senjata dalam solat, diperintahkan agar kaum muslimin yang lain berdiri di belakang orang-orang yang sedang sembahyang agar memelihara mereka dari serangan musuh. Kaum muslimin dibahagikan kepada dua kelompok, satu kelompok mengerjakan sembahyang dan satu lagi kelompok menjaga mereka.

Diterangkan juga orang-orang kafir ingin melalaikan kaum muslimin dan berusaha menghancurkan mereka sekaligus. Semua ini membuktikan wajib hazar dari sesuatu yang tidak disenangi.

Firman Allah swt :

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman berwaspadalah kamu dan majulah (ke medan pertempuran) bersama-sama” (An-Nisa’ : 81)

Perintah ini ditujukan kepada kaum muslimin agar berjihad terhadap orang-orang kafir, berperang pada jalan Allah dan berusaha mempertahankan agama dan diperintahkan kepada orang yang berkemampuan untuk menyebarkan dakwah. Mereka juga diperintahkan supaya tidak menyerang musuh membuta-tuli, tetapi harus terlebih dahulu mengetahui apa yang dimiliki oleh musuh dan mengetahui bagaimana cara menolak serbuan mereka. Itulah kaedah pertahanan yang baik.

DALIL-DALIL TANDA KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W (part 1)


Lautan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T yang Maha Pengasih terhadap makhlukNya. Selawat dan salam diberikan kepada junjungan agung Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat Baginda, para sahabat dan tabi’in serta semua pendukung yang ikhlas berjuang meneruskan mata-mata rantai perjuangan dalam menegakkan agama yang suci ini.

Alhamdulillah sebulan sudah kita telah selamat menghadapi bulan Ramadhan al-Mubarak. Diharapkan agar segala Tarbiyah daripada bulan Ramadhan ini digunakan sebaik mungkin bagi kita untuk lebih mempertingkatkan ibadat kepada Allah S.W.T. Contohnya, janganlah jika semasa bulan Ramadhan sahaja kita sentiasa solat berjemah di masjid tetapi selepas bulan Ramadhan ini, batang hidung pun sudah tidak kelihatan lagi. Bagi saya, ini sangat menyedihkan apabila kita telah berubah kembali liat untuk beribadat kepada Allah. Firman Allah dalam surah ad-Dzariyat yang bermaksud:

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepada Ku.


Sepatutnya kita ketahui bahawa tujuan kita manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T semata-mata. Inilah yang dikatakan hakikat kita dijadikan adalah untuk beribadat kepada Allah dan juga khalifah di muka bumi. Marilah kita sama-sama muhasabah kembali adakah kita beribadat semata-mata ingin mengejar pahala sahaja atau yang lebih penting bagi mendapatkan Keredhaan Allah S.W.T. Fikir-fikirlah bersama....


Kembali kepada tajuk perbincangan asal, dalil-dalil terutamanya daripada al-Quran amat penting supaya menjadi bukti kepada sesuatu perkara perbincangan khususnya perkara yang tidak tercapai akal manusia biasa. Oleh itu, saya cuba menyusun kembali dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran menunjukkan bahawa nabi Muhammad adalah Rasul terakhir yang di utuskan kepada umat akhir zaman.



1) AL-QURAN


a) Nabi Muhammad s.a.w bukanlah tuhan ataupun anak tuhan. Sebaliknya Baginda hanyalah manusia biasa yang menerima Wahyu Allah S.W.T. Firman Allah

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Surah al-Kahfi)

b) Nama Nabi Muhammad s.a.w juga disebut dalam Kitab-kitab terdahulu. Firman Allah S.W.T


6. Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!" (Surah as-Saff)

c) Nabi Muhammad s.a.w seorang yang ‘ummi’ iaitu buta huruf, berdasarkan Firman Allah S.W.T


157. "Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya. (Surah al-A’raf)

d) Akhlak Nabi Muhammad s.a.w juga adalah yang terpuji dan tidak ada tolok bandingnya seperti Firman Allah


4. Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia. (Surah al-Qalam)

e) Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul terakhir yang di utuskan ke atas umat akhir zaman ini. Melalui sejarah, Musailamah al-Kazzab, Tulaihah, Ghulam ahmad Qadiani, Ahmad Musyadeq, Kahar dan sebagainya mengaku sebagai utusan Allah.Tetapi, Allah telah menegaskan bahawa nabi dan Rasul terakhir selepas nabi Isa adalah Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah


40. Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa Yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan Segala Nabi-nabi. dan (ingatlah) Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Ahzab)



Bersambung…..

MASA BELAJAR LA PULAK...



cuti raya sekejap sahaja rasanya...
sekarang masa untuk belajar pula
final exam pun macam dah nak dekat saja
pk2 la macam mana strategi belajar masa yang ada
masing2 semoga berjaya ea.........

Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu