1) Kitab ajaran Hindu-Muhammad dalam Vedas dan Purana

a) Narashanga
Antara sifat-sifat Narashangsa dalam kitab Arthava Veda adalah:

“He will use camels as his mounts” (Atharva Veda 20:127:2)
He will have twelve wives”.
“God will honour Narashangsa with ten garlands”
“He will receive a gift of ten thousand cows”.

Terjemahannya:

Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya.
Dia mempunyai 12 orang isteri.
Tuhan akan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher
Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu.

Memang diketahui umum, kenderaan yang selalu digunakan Nabi junjungan kita adalah unta. Imam Bukhari meriwayatkan, “Anas meriwayatkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun dalam perlumbaan semasa latihan.

Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri iaitu Khadijah, Saudah, Aishah, Hafsah, Zainab binti Jahsy, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah, dan Mariah Kopti.

Mengenai 10 kalungan pada leher, adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenal sebagai dikenali sebagai as-Sabiqun al-Awwalum (iaitu sepuluh yang terjamin masuk syurga). Mereka ini adalah Abu bakar, Umar, Uthman, Ali, Talha, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf’, dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

10,000 ekor lembupula, perkataan lembu itu sendiri di dalam Vedas adalah metafora yang melambangkan golongan yang baik dan pekerti mulia. Apabila tafsiran ini digunakan untuk mentafsirkan ayat ‘menerima anugerah 10,000 ekor ‘., ia dapat dengan angka 10,000 sahabat Nabi Muhammad yang memasuki dan menguasai kota Makkah bersama-sama Baginda pada tahun ke-8 hijrah.

Justeru, apabila Narashangsa dengan maksud ‘yang Terpuji’ dikaitkan dengan sifat-sifatnya mempunyai 12 orang isteri, menaiki kenderaan unta, mempunyai 10 orang sahabat terdekat, dan 10,000 sahabat-sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad.


b) Kalki Avatar
Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘ seorang yang akan datang ke dunia’. Perkataan Avatar juga digunakan dengan maksud ‘nabi’. Kalki dalam bahasa Sanskrit membawamaksud ‘yang terakhir’.Apabila dicantumkan dua perkataan ini disebut adalah ‘nabi akhir zaman’.Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Purana adalah:

“O God, with the help of the four Brother I will destroy the Devil.” (Kalki Purana 2:5)
“(He will born) on the twelfth of Madhav.” (Kalki Purana 2:25)
“He will be born) in the city of Shambhal.” (Bhagabat Purana 12:2:18)
“(His father’s name will be) Vishnu-Yash.” (Bhagabat Purana 12:2:18)
“(His mother’s name will be) Sumati.” (Kalki Purana 2:4 and 2:11)

Terjemahannya:

Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan.
Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav.
Dia akan dilahirkan di bandar Shambhal.
Bapanya bernama Vishnu-Yash.
Ibunya bernama Sumati.

Berpandukan kepada ayat-ayat ini, Kalki Avatar mempunyai 4 orang saudara terdekat yang bersama-sama menghancurkan syaitanatau Kali. Nabi Muhammad s.a.w telah dikurniakan 4 orang sahabat terdekat iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali. Keempat-empat sahabat ini menjadi khalifah Islam setelah wafatnya Rasulullah dan digelarkan mereka ‘Khulafah ar-Rasyidin’ iaitu khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk. Mereka meneruskan perjuangan Rasulullah demi menegakkan kebenaran dan menghancurkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.

Tarikh lahir Kalki Avatar adalah 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12 Rabiul Awal. Tempat lahir Kalki Avatar adalah Shambhal. Dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal ini adalah satu tempat yang mempunyai 60 patung berhala. Dalam bahasa Sanskrit pula, Shambhal ini mempunyai beberapa maksud iaitu:
• Tempat yang mendatangkan keamanan dan ketenangan
• Sesuatu tempat yang menarik perhatian orang supaya datang
• Tempat yang berhampiran air
Shambhal selari dengan Makkah iaitu tempat kelahiran Rasulullah. Kaabah terletak di Makkah. Firman Allah

125. Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat Yang aman; dan Jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari Segala perkara Yang dilarang) untuk orang-orang Yang bertawaf, dan orang-orang Yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang Yang rukuk dan sujud". (surah al-Baqarah)

Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu-Yash. Vishnu-Yash dalam bahasa Sanskrit ‘penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam bahasa Arab yang membawa maksud ‘hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah.
Ibu Kalki Avatarbernama Sumati. Dalam bahasa Sanskrit,Sumati bermaksud ‘yang bertimbang rasa lagi baik’.Ini sangat selari dengan nama Aminah dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘yang baik hati’. Ibu Nabi junjungan kita juga bernama Aminah.
Adakah semua bukti-bukti ini hanya kebetulan sahaja. Wallahu A’lam