Pengunjung

BANGKIT!!!

KEKUASAAN ALLAH S.W.T - Sungai dalam laut




"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.





Ekslusif: Kronologi dan cara Mossad bunuh Komander Hamas – Mahmoud al-Mabhouh



GAMBAR rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Mahmoud (dalam bulatan) diekori oleh dua pembunuhnya di Hotel Al Bustan Rotana, Dubai pada Januari lalu.

NEW YORK – Seperti filem di Hollywood mengenai kisah pembunuhan.

Akhbar New York Post kelmarin menyenaraikan cara satu skuad pembunuhan membunuh seorang komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di sebuah hotel mewah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Januari lalu.

Skuad pembunuhan itu sebelum ini dikaitkan dengan agensi perisikan Mossad milik Israel.

Menurut akhbar itu, Mahmoud yang dilahirkan di Kem Jabalia di Genting Gaza pada 1960 pernah menculik dan membunuh dua askar Israel pada 1989 di Palestin.

Selepas pembunuhan itu diketahui oleh umum, Israel berikrar akan membalas dendam manakala Mahmoud melarikan diri tetapi dia tidak keluar daripada pergerakan Hamas.

Mahmoud kemudiannya dilaporkan menyeludup senjata api dan bahan letupan kembali ke Gaza dari Syria yang merupakan tempat tinggalnya yang baru.

Lebih 20 tahun lalu, dia membantu Hamas mendapatkan peluru peluru berpandu buatan Iran yang mampu terbang ke negara-negara jirannya.

Komander Hamas itu hampir dapat ditangkap Israel tetapi dia berjaya menyeludup masuk ke Syria.

Namun, pihak perisikan Israel kemudiannya mendapat maklumat bahawa Mahmoud akan berada di Dubai pada bulan lalu untuk membeli senjata api dari penjual senjata Iran.

Komander Hamas itu kemudian menempah penerbangan menerusi Internet.

Apabila Mahmoud tiba di Dubai, dia menghubungi isterinya dan memberitahu lokasi tempat tinggalnya.

Beberapa pegawai Hamas mengaku tindakan Mahmoud menghubungi isteri itu mendedahkan dia pada bahaya.

Ia merupakan waktu terbaik untuk melakukan serangan.

Berdasarkan bukti yang ditemui menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pasport yang dipalsukan, pihak berkuasa Dubai memutuskan bahawa terdapat satu skuad elit membunuh Mahmoud.

Skuad pembunuh yang didakwa pihak berkuasa Dubai seramai 17 orang termasuk seorang wanita menggunakan muslihat dan taktik yang biasanya dapat dilihat dalam novel-novel tulisan bekas diplomat Amerika Syarikat (AS), Jason Bourne.

Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan Tamim percaya 99 peratus bahawa Mossad merupakan dalang pembunuhan Mahmoud.

Walaupun mendapat kritikan antarabangsa, Israel tidak mengesahkan atau menafikan melakukan operasi membunuh Mahmoud.

Apa yang diketahui ialah satu pasukan yang mendapat latihan tinggi memasuki Dubai untuk melakukan operasi itu yang berlanjutan selama 10 jam.

Operasi itu bermula lewat malam pada 19 Januari lalu.

Menjejaki komander Hamas itu bermula apabila dua ejen lelaki berlepas ke Dubai dengan membawa pasport yang mengisytiharkan namanya sebagai Michael Bodenheimer dan James Leonard Clarke iaitu masing-masing dari Jerman dan Britain.

Tidak lama kemudian, sebuah lagi pesawat yang membawa seorang wanita kurus lampai berumur dalam lingkungan 30-an, memakai cermin mata dan mendakwa dari Ireland dengan menggunakan nama Gail Folliard tiba.

Wanita itu terbang dari Paris dengan seorang lelaki Ireland, Kevin Daveron berdasarkan nama pada pasport palsu.

Kamera pemantauan Dubai merakamkan imej empat orang berkumpul di sebuah lapangan terbang di bandar raya itu.

Mereka kemudian berpecah.



Suspek: (Ata-Dari kiri)Evan Dennings (Irish), Gail Folliard (Irish), James Leonard Clarke (British), Jonathan Louis Graham (British); (Tengah dari kiri)) Michael Bodenheimer of (German), Paul John Keeley (British), Michael Lawrence Barney (British); (Bawah Dari kiri) Peter Elvinger (French), Kevin Daveron (Irish), Melvyn Adam Mildiner (British), Stephen Daniel Hodes (British).

Wanita kurus lampai itu mendaftar masuk ke hotel Al Bustan Rotana yang didiami komander Hamas tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang menggelarkan dirinya, Peter Elvinger mendakwa dari Perancis melakukan perbuatan sama dengan wanita berkenaan.

Dia mendaftar di bilik 237 tidak jauh dari bilik Mahmoud.

Dua lagi ejen yang dapat dilihat pada kamera CCTV itu menuju ke sebuah hotel lain.

Pada keesokan harinya, terdapat 17 orang dari pasukan pembunuh berada di Dubai dengan menggunakan pasport palsu.

Mangsa mereka ialah Mahmoud.

Kamera litar tertutup menunjukkan komander Hamas itu mengembara seorang diri yang dianggap sebagai pilihan yang mencetuskan tanda tanya bagi seorang lelaki sepertinya yang mempunyai beberapa pengawal peribadi dan mengetahui dia berada dalam senarai orang dikehendaki Israel.

Menurut akhbar Daily Mail, Mahmoud yang tiba di Dubai diekori oleh satu pasukan peninjau itu yang dibantu dengan alat pengesan diletakkan di kereta sewanya.

Dia antara anggota pasukan itu ialah Daveron yang menggunakan rambut palsu untuk menyembunyikan kepalanya yang botak.

Di hotel tersebut, wanita yang kurus lampai itu menunggu di lobi.

Dia menghabiskan masa pada waktu pagi dengan membeli-belah di kedai mewah, bermain cinta dengan kerani hotel dan melihat pintu depan hotel.

Pembunuh itu tidak bercakap antara satu sama lain secara terus.

Menurut akhbar-akhbar Israel, mereka berkomunikasi dengan menggunakan telefon bimbit yang perbualannya tidak dapat dikesan.

Apabila Mahmoud mendaftar masuk ke hotel al Bustan, Daveron dan wanita kurus lampai itu berundur dan dua lagi ejen muncul.

Kamera CCTV menunjukkan dua lelaki berambut hitam mengekori komander Hamas itu semasa dia berjalan ke lif.

Dengan membawa raket tenis, seluar pendek, baju T dan kasut sukan dengan stoking putih, lelaki-lelaki tersebut tidak mencetuskan syak wasangka Mahmoud.

Pada pukul 8 malam, semasa Mahmoud berada di dalam bilik hotel, skuad pembunuh itu bersedia untuk bertindak.

Wanita kurus lampai itu dilihat tersenyum menerusi kamera CCTV dengan memakai rambut palsu membuat tinjauan terakhir di depan bilik Mahmoud.

Dia kemudian menghilangkan diri. Empat orang lelaki muda yang mengembara dalam dua kumpulan pergi ke bilik komander Hamas itu.

Namun yang mencetuskan misteri ialah bagaimana ejen-ejen itu memasuki bilik Mahmoud dan apakah yang terjadi pada pintu bilik komander Hamas tersebut.

Itu yang menyebabkan pihak berkuasa Dubai kehairanan.

Adakah lelaki itu mengetuk dan berpura-pura seperti kakitangan hotel?

Atau adakah sebagai suspek mereka memasuki bilik itu dengan menggunakan gajet perisikan yang canggih?

Beberapa minit selepas pukul lapan malam, mereka sudah memasuki bilik Mahmoud.

Empat puluh minit kemudian, komander Hamas itu ditemui mati.

Ejen-ejen itu meletakkan lampu meja tidur berjauhan dan menggantungkan wayar itu pada satu gajet yang membunuh Mahmoud dengan kejutan elektrik.

MAHMOUD

Beberapa penyiasat percaya anggota-anggota skuad pembunuh itu cuba untuk mewujudkan seperti serangan jantung sebelum melemaskannya dengan menggunakan bantal.

Terdapat kesan terbakar pada dadanya.

Pada pukul 8.46 malam empat pembunuhnya dengan tenang keluar dari biliknya dan skuad pembunuh itu berkumpul semula di sebuah lif selain meletakkan tanda jangan ganggu di depan bilik Mahmoud.

Empat orang daripada skuad itu meninggalkan hotel tersebut selang beberapa minit dengan memakai pakaian seperti mereka mahu pergi bermain golf.

Wanita tinggi lampai itu dan baki pasukan pembunuh itu keluar dari Dubai dalam tempoh dua jam dengan menuju ke distinasi berlainan serta menaiki penerbangan berbeza.

Kakitangan hotel kemudian menemui mayat Mahmoud pada waktu pagi.

Apa yang anehnya ialah, bilik dikunci dari dalam.

Pihak berkuasa Dubai masih memikirkan bagaimana pembunuh tersebut mendapat kad kredit berpangkalan di AS untuk membiayai operasi pembunuhan tersebut.

Namun, terdapat spekulasi bahawa wujud seorang lagi pembunuh yang memanjat bilik Mahmoud dan keluar dari biliknya.

Bekas penganalisis Asia Barat untuk Jabatan Pertahanan AS, Graeme Bannerman menyatakan terdapat kemungkinan pembunuh itu tidak mengetahui bahawa di Dubai, terdapat kamera litar tertutup yang merakamkan setiap geri mereka.

Secara faktanya, pembunuh itu dianggap amatur kerana gambar mereka dirakamkan oleh kamera litar tertutup sehingga menyebabkan ada tanggapan bahawa Israel dianiayai oleh sebuah saingan perisikan yang mahu pembunuhan Mahmoud dipersalahkan ke atas Mossad.

“Orang ramai boleh berkata bahawa ia bukannya profesional seperti dikendalikan Mossad kerana pada kebiasaannya tidak ada kesan ditinggalkan oleh agensi perisikan itu.

“Namun, apa yang pasti keberkesanan (operasi bunuh itu) telah diperkatakan,” kata Bannerman.

“Pada masa ini, dengan terdapat kamera pemantauan, suasana tidak seperti pada 30 tahun lalu.

“Ia sukar untuk melakukan (pembunuhan) pada zaman kini.

“Namun, di Israel, tidak ada sesiapa pun yang mempersoalkan ia (pembunuhan) itu telah dilakukan oleh Mossad,” tambahnya.

Pada perkembangan terbaru, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman kini sedang berunding dengan beberapa pegawai di Eropah bagi meyakinkan bahawa negaranya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan pasport palsu oleh pembunuh Mahmoud.

Pembunuh komander Hamas itu memasuki Dubai dengan menggunakan pasport Britain, Ireland, Perancis dan Jerman. – Agensi


Gambar Jenazah Mahmoud:




src="http://2.bp.blogspot.com/_x3jjw3oWBH8/S4P5thuWb4I/AAAAAAAAAUQ/S13FYJUnH_Q/s400/Mabhouh1-150x150.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5441467335335899010" />




src="http://3.bp.blogspot.com/_x3jjw3oWBH8/S4P6EW3s1BI/AAAAAAAAAU4/Gk4mGWnlIHc/s400/Mabhouh8-150x150.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5441467727559316498" />

Reformasi Perlembagaan TURKI


Recep Tayyeb Erdogan bersama isteri, Emine Erdogan.


ANKARA 23 Feb 2010. POLIS Turki menangkap sekitar 50 komander tentera termasuk yang sudah pencen atau masih aktif semalam kerana dicurigai terlibat dalam suatu rancangan rampas kuasa di Turki.

Penangkapan itu dikaitkan dengan penyelidikan terhadap rancangan rampaskuasa tahun 2003, terhadap pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyeb Erdogan dari Partai Keadilan dan Pembangunan, iaitu partai Islam yang sekarang berkuasa di Turki.

Surat khabar Turki, Taraf menyebutkan, berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka dapatkan, rampas kuasa itu diberi kod "Palu Godam". Targetnya untuk menumbangkan pemerintahan dengan cara melakukan peledakan bom di masjid-masjid di muzium di kota Istanbul, termasuk memprovokasi pesawat-pesawat tempur Yunani agar menembak jatuh pesawat Turki di Laut Aegean.

Cara-cara itu dilakukan untuk menimbulkan kekacauan di dalam negeri dan menghancurkan kepercayaan rakyat Turki kepada pemerintahan yang berkuasa kini. Provokasi Yunani dikatakan terlibat kerana Turki dan Yunani bertikai mengenai kepulauan di kawasan Aegean. Pertikaian itu hampir membuat kedua negara tersebut berperang pada tahun 1996.

Perdana Menteri Recep Tayyeb Erdogan sedang dalam kunjungannya ke Sepanyol membenarkan penangkapan terhadap komender tentera tersebut. Ia mengatakan bahawa polis Turki akan memulai proses penahanan. "Saya tidak tahu apa hasilnya, tetapi setelah pegawai keselamatan menyelesaikan proses penangkapan, kejaksaan akan melakukan penilaian (yakni dibawa ke mahkamah, bukan diISAkan tanpa dibicarakan)." kata Erdogan.

Diantara yang ditangkap adalah mantan panglima angkatan udara Turki, Ibrahim Firtina, mantan panglima angkatan laut, Ozden Ornek dan mantan komandan Tentera Pertama, Ergin Saygun. CNN Turki menyebutkan, Panglima Angkatan Bersenjata Turki, Ilker Basburg menunda perjalanan tiga harinya ke Mesir menyusul penangkapan tersebut.

Penangkapan mereka dikaitkan dengan rancangan rampas kuasa oleh penganalisis politik Wolfango Piccoli yang akan memicu konfrontasi baru antara pemerintah dan pihak tentera, boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Turki. Selama puluhan tahun, tentera menjadi kekuatan politik yang dominan di Turki dan menjadi 'anjing pengawal' sistem sekular negara Turki.

Setidaknya, tentera Turki pernah menumbangkan empat pemerintahan di Turki dengan dalih untuk melindungi sistem sekularisme di Turki. Pemerintahan Erdogan yang Islam kerap terlibat benturan dengan kaum sekular Turki. Sebelum penangkapan, pemerintahan Erdogan dan kaum sekular di mahkamah Turki saling berdebat soal penangkapan terhadap seorang jaksa yang melakukan penyelidikan terhadap kelompok-kelompok Islam.

Sejak kes ini timbul dua setengah tahun lalu, lebih dari 200 orang ditangkap. Mereka terdiri dari kalangan tentera, ahli politik dan peguam. Perdana Menteri Erdogan hari Isnin kelmarin menyatakan akan melakukan reformasi hukum dan perlembagaan, dan jika perlu akan melakukan referendum, kerana menurut Erdogan, sistem hukum yang berlaku sekarang sudah tidak objektif.

"Sistem hukum perlu objektif dan pada masa yang sama juga perlu bebas. Kami ingin melakukan reformasi perlembagaan dan kami akan mencadangkan reformasi ini di parlimen tanpa sokongan puak pembangkang." Jelas Erdogan.

"Kami akan melakukan pemungutan suara masyarakat jika tidak dapat sokongan. Bukan hanya masyarakat, bahkan pemimpin-pemimpinnya juga inginkan reformasi itu." Tegas Erdogan. (AP/Era Muslim dan pelbagai sumber)

Masuk Islam Kerana Ingin Tahu Islam Teroris -Daniel Streich.



DANIEL STREICH, seorang ahli politik Swiss. Beliau terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tetapi tanpa disangka-sangka telah memeluk agama Islam. Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan larangan terhadap kubah masjid, bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swizerland.

Beliau berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich kepada agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland. Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negara. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan pemikiran orang ramai terhadap mimbar, kubah dan masjid.

Tetapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Pemikiran anti-Islam akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid paling indah di Eropah, iaitu di Switzerland. Kini ada 4 masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Beliau mengakui ingin mencari 'pengampunan dosa' setelah cuba meracuni Islam.

Sehingga kini larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang. Abdul Majid Aldai, presiden OPI, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Parti Rakyat Swiss (SVP). Beliau mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memberi kemenangan tentera di Swiss Army dengan popularitinya.

Beliau lahir di sebuah keluarga Kristian. Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi ajaran Islam memberi kesan mendalam pada dirinya. Akhirnya beliau berlawan dengan pemikirannya sendiri. Dari kegiatan politiknya, beliau memeluk Islam. Sehingga beliau dendiri sendiri disebut oleh SVO sebagai 'syaitan'.

Dulu, beliau mengatakan sering meluangkan waktu membaca Alkitab (kitab Kristian) dan sering pergi ke gereja. Tapi kini beliau membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Beliau membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan beliau telah menemui kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat ditemukan dalam agama sebelumnya.

SUBHANALLAH...taufik dan hidayah Allah SWT hanya bagi orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Kepimpinan

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah yang bermaksud: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Projek Ayam Darul Salam (DS)



Darus Salam menerima satu lagi projek 'besar' iaitu ternakan ayam secara besar-besaran. Terbaru tambahan sebanyak 100 ekor anak ayam lagi ditambah dengan reban besar akan mengembangkan lagi industri ternakan DS.




Menurut saudara Faiz (tauke ayam), 'ayam daging atau nama Saintifiknya, gallus gallus domesticus bakal menjadi satu industri besar memandangkan permintaan yang semakin tinggi di kalangan penduduk tempatan'.




Oleh itu, kajian giat dijalankan pihak beliau bagi mencari formula-formula baru mengurangkan risiko penyakit dan mati bagi anak-anak ayam yang baru menetas.

'Selain itu, bahan-bahan kimia yang berlebihan atau yang tidak diperlukan perlu dikenalpasti dan perlu dikurangkan kepada anak-anak ayam ini', katanya.





Lee Kuan Yew Mengaku Salah Dasar Dwi Bahasanya



Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta laksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.

Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja.

Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.

Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun. Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.

Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).

Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.

Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.

Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.

Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.

Kita patut berterima kasih dan rasa beruntung kerana tidak membuat kesilapan seperti yang dilakukan oleh Kuan Yew. Hendak berundur ke belakang, Singapura telah terlanjur jauh ke hadapan.

Bagi Malaysia, pemansuhan PPSMI baru-baru ini serta pengenalan dasar penggantinya MBMMBI patut dialu-alukan dan diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Ia selaras dengan kebanyakan negara di Eropah (Perancis, Itali, Greece, Turki, Jerman, Belanda, Norway, Sweden, Finland, England dan lain-lain) dan Timur Jauh (China, Korea Selatan, Jepun) yang sudah maju dengan mengutamakan bahasa nasional masing-masing untuk tujuan pendidikan, jati diri serta kemajuan negara.

Sumber Utusan Malaysia 27 Januari 2010, tulisan DR. WAN HASHIM WAN TEH.

Ceramah Perdana Royalti Petroleum




Khamis 28 Januari 2010

8.00 Malam

Moderator : Prof Madya Dr. Abu Hssan Abdullah (pensyarah Universiti Malaya)

Penceramah : YBM Tengku Razaleigh Hamzah (wakil rakyat Umno dan bekas pengerusi Petronas)

Dijemput datang beramai-ramai, dengan memakai baju MERAH! Untuk menyuarakan solidariti!


SILA BAWA SEJADAH, Solat Maghrib & Isya akan diadakan serentak dengan majlis.

Khianat Royalti Kelantan

Bubur Asyura punya Hal

Alhamdulillah baru-baru ini penulis bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan telah mengadakan satu majlis kacau bubur Asyura (sugho). Usaha ini sebagai satu titik permulaan bagi memasyarakatkan mahasiswa.



Majlis yang dijalankan ini adalah kolaborasi antara mahasiswa UMT dan masyarakat setempat. Sebanyak dua buah kawah telah digunakan bagi tujuan ini.





Antara aksi- aksi penulis dan sahabat-sahabat yang tarlibat semasa kuca (kacau) bubur Asyura.













Aksi saja tidak cukup...inilah hasilnya setelah berpenat-penat sehingga lebih 6 jam.



Selepas siap kami akan agihkan kepada masyarakat setempat.

Memasyarakatkan Mahasiswa


Kita sering menganggap bahawa mahasiswa dan masyarakat sekelilingnya adalah dua golongan yang berbeza.Mahasiswa adalah mahasiswa, dan masyarakat sekeliling pula adalah orang luar. Tidak memberi faedah antara 1 sama lain. Tidak saling bergantungan walaupun mungkin mempunyai kelebihan masing-masing yang boleh disumbangkan bersama.

Mahasiswa yang rata-ratanya golongan muda atau belia adalah aset terpenting kepada negara kita. Ayat yang selalu kita dengar, jika kita mahu lihat kemajuan sesuatu negara pada masa akan datang, lihatlah kekuatan golongan belianya. Bahkan Sukarno, mantan Presiden Republik Indonesia yang pertama juga dalam pidato terkenalnya mahukan 10 orang pendokong datangnya daripada golongan belia, pasti mereka dapat menggegar dunia.

Masyarakat sekeliling kampus juga mempunyai kekuatan yang tersendiri. Mereka ini datangnya daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza amat diperlukan mahasiswa masa kini. Sama ada kita sedar atau tidak, masyarakat sekeliling kita terutamanya sekitar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai masyarakat yang pelbagai seperti guru, pensyarah, peniaga, nelayan dan sebagainya.

Sebenarnya, mahasiswa haruslah mengambil peranan ini untuk turun kepada masyarakat sekelilingnya dan tidak tertumpu kepada aspek akademik universiti semata-mata, bahkan jiwa mahasiswa turun kepada masyarakat dan menjadi ‘catalyst’ kepada perkembangan kemahiran insaniah mahasiswa.

Jiwa mahasiswa turun kepada masyarakat sekelilingnya bermaksud segala kekuatan yang ada pada mahasiswa dapat mempengaruhi masyarakat dan mahasiswa perlu tahu bahawa mereka tidak hanya bergaul sesama mereka sahaja. Hal ini kerana, masyarakat sekeliling memang dahagakan mahasiswa memberikan sumbangan kepada mereka tidak kira walau dengan apa cara dan pendekatan sekalipun.

Oleh itu, mahasiswa secara tidak langsung akan menjadi agen-agen perubahan ke arah membentuk masyarakat dan negara yang lebih baik dan kehadiran mereka turut dirasai oleh masyarakat sekelilingnya.

Ya! itu yang penting…kehadiran mahasiswa dirasai masyarakat sekeliling dan memberi kebaikan kepada mereka.

Satu perkara yang penting kepada mahasiswa adalah kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah ini penting sebenarnya dalam persediaan mahasiswa sebelum mendapat segulung ijazah. Rata-rata mahasiswa hari ini mabuk dengan dunia akademik semata, tanpa memikirkan kemahiran-kemahiran sampingan lain yang menjadi kelebihan dari sudut komunikasi dan semasa alam pekerjaan nanti.

Kita mungkin boleh berkongsi sesuatu daripada masyarakat sekeliling yang mempunyai pengalaman-pengalaman yang pelbagai dan latar belakang yang berbeza.
Sebagai contoh, antara nelayan dan pensyarah. Mungkin kita sangka dua golongan ini mempunyai darjat yang berbeza. Pensyarah lebih bernilai dari si nelayan. Ya, betul dari satu sudut.

Tapi, ada sesuatu mutiara yang kita, mahasiswa terlepas pandang. Mungkin pensyarah boleh menyampaikan kuliah-kuliah berkenaan tangkapan ikan bahkan menyampaikan teori-teorinya secara saintifik dengan jelas tetapi secara praktikalnya bagaimana?

Lain pula dengan nelayan, walaupun teorinya, mereka tidak mendapat pelajaran secara formal. Mereka sebenarnya mendapat pengalaman-pengalaman yang berguna secara praktikal. Lama-kelamaan mereka akan lebih mahir dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam daripada pensyarah sendiri. Oleh itu, mendekati pelbagai golongan perlu dalam mengembangkan kemahiran insaniah dan sebagai nilai tambah dalam diri seseorang terutamanya golongan mahasiswa.



Inilah yang seharusnya mahasiswa celik dan buka minda. Memasyarakatkan mahasiswa! Mahasiswa tidak lagi bermain dalam medan kampus sahaja. Cubalah cari jalan atau pendekatan supaya martabat mahasiswa terus dijulang dan mendapat ‘respect’ masyarakat sekeliling. Ayuh mahasiswa! Berubahlah…

MPP Baru UMT



Duduk dari kanan : Khairillah, Zhafri, Firdaus, Fatin Fatma, Athifah, Qairunnisak
Berdiri dari kanan : Sufian, Ang Syh Han, Solleh, Syukriah, Asma, Rafidah

Inilah barisan-barisan kepimpinan terbaru UMT dan diharapkan agar melakukan amanah besar yang diberikan dengan jayanya. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan bukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), berilah sokongan yang padu kepada mereka dan tolong-menolonglah kita dalam melaksanakan atau menjayakan tanggungjawab tersebut.

"Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat kita bersama"

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ke-8


Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke-8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.


Mursyidul Am ke8, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.


Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke-8 bagi jemaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke-7, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke-8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwanul Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Mas'ul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Mas'ul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahun, beliau dibebaskan. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwanul Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam.

“Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran).




Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke-8 bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Tangguh


Berita terbaru daripada berita Harian hari ini bahawa Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah Allah ditangguhkan bagi pelaksanaan penggunaannya pada majalah Herald: The Catholic Weekly. Difahamkan permohonan tersebut dilakukan melalui Kementerian Dalam Negeri yang diwakili Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Memang betul kes ini mambabitkan kepentingan dari sudut keselamatan negara. Jika tiada langkah penyelesaian yang berkesan pada masa terdekat, khuatir akan menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan keselamatan negara.

Allahu Akbar!



Kalimah 'Allah'...

Satu kalimah yang hebat diperkatakan hari ini dan menjadi isu kontroversi terbaru negara. Semua orang berbicara dan mengeluarkan hujah masing-masing. Ada yang bersetuju dan ramai yang tidak bersetuju sebenarnya.

Kalimah Allah ini menjadi isu besar akibat keputusan mahkamah Tinggi yang memihak kepada penerbit akhbar Herald supaya boleh menggunakan kalimah Allah menggantikan 'God' sebelum ini.

Oleh itu, pelbagai pihak telah tampil dan banyak demonstrasi-demonstrasi telah dilakukan supaya keputusan ini dapat ditarik kembali.

Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu