Apabila Ramadhan menjelma, pelbagai perkara akan terdetik di hati sekalian manusia antaranya:
• Ingin beribadat di bulan ini, kerana pahala BERGANDA-GANDA. 1 kebaikan dibalas 10 kebaikan, ibadat sunnat pahalanya seumpama pahala amalan wajib.
• Ingin merebut Malam al-Qadr, yang pahalanya umpama 1000bulan, bersamaan 84 tahun. Disebut juga malam seribu bulan.
• Ingin berhari raya, bersedia dengan persiapan hari raya walaupun baru hari pertama berpuasa.
• Solat tarawikh, zakat fitrah dan lain-lain yang perlu dilaksanakan.

Ramadhan adalah bulan Motivasi dan bulan Reward dari Allah SWT. Bayangkan dengan GANDAAN pahala yang Allah SWT tawarkan, bagi orang yang berfikir perlu lebih teruja. Bukannya selalu, setahun sekali sahaja tawaran ini.

Jika anda ditawarkan dengan top-up RM100 dengan hanya membayar RM10, sebagai manusia yang waras dan intelek, adakah anda akan melepaskan tawaran ini? Tidak, bukan. Atau anda diberi tawaran,jika anda beli earphone henset,anda akan mendapat sebuah handphone percuma,bukankah hebat tawaran tu? Begitu juga Ramadhan, cuma bezanya ia adalah ganjaran ghaibiyyat dan reward metafizik yang bukan bersifat materialistik.

Cuba bayangkan kalau pahala beribadat diterjemahkan dalam bentuk material, nescaya ramai yang berkejar-kejar berebutkannya.

Disinilah bezanya antara MUKMIN dan MUSLIM. Rangkaian jiwa materialisme yang di serap dalam minda umat Islam, terbias hingga dalam bab-bab ibadah khusus. Itulah bahayanya serangan minda (psy war atau ghazwatul fikr) ini. Ramadhan hampir ke penghujungnya. Mari kita merebut pahala-pahala yang ditaburkan oleh para malaikat di seluruh Alam ini di bulan barakah ini.Ramadhan sudah masuk separuh masa kedua, dan menuju ke masa tambahan.Jadi, tunggu apa lagi? Just do it… fastabiqul khairat!!