Pengunjung

BANGKIT!!!

Kepimpinan

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah yang bermaksud: "Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Projek Ayam Darul Salam (DS)



Darus Salam menerima satu lagi projek 'besar' iaitu ternakan ayam secara besar-besaran. Terbaru tambahan sebanyak 100 ekor anak ayam lagi ditambah dengan reban besar akan mengembangkan lagi industri ternakan DS.




Menurut saudara Faiz (tauke ayam), 'ayam daging atau nama Saintifiknya, gallus gallus domesticus bakal menjadi satu industri besar memandangkan permintaan yang semakin tinggi di kalangan penduduk tempatan'.




Oleh itu, kajian giat dijalankan pihak beliau bagi mencari formula-formula baru mengurangkan risiko penyakit dan mati bagi anak-anak ayam yang baru menetas.

'Selain itu, bahan-bahan kimia yang berlebihan atau yang tidak diperlukan perlu dikenalpasti dan perlu dikurangkan kepada anak-anak ayam ini', katanya.





Lee Kuan Yew Mengaku Salah Dasar Dwi Bahasanya



Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta laksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.

Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja.

Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.

Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun. Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.

Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).

Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.

Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.

Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.

Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.

Kita patut berterima kasih dan rasa beruntung kerana tidak membuat kesilapan seperti yang dilakukan oleh Kuan Yew. Hendak berundur ke belakang, Singapura telah terlanjur jauh ke hadapan.

Bagi Malaysia, pemansuhan PPSMI baru-baru ini serta pengenalan dasar penggantinya MBMMBI patut dialu-alukan dan diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Ia selaras dengan kebanyakan negara di Eropah (Perancis, Itali, Greece, Turki, Jerman, Belanda, Norway, Sweden, Finland, England dan lain-lain) dan Timur Jauh (China, Korea Selatan, Jepun) yang sudah maju dengan mengutamakan bahasa nasional masing-masing untuk tujuan pendidikan, jati diri serta kemajuan negara.

Sumber Utusan Malaysia 27 Januari 2010, tulisan DR. WAN HASHIM WAN TEH.

Ceramah Perdana Royalti Petroleum




Khamis 28 Januari 2010

8.00 Malam

Moderator : Prof Madya Dr. Abu Hssan Abdullah (pensyarah Universiti Malaya)

Penceramah : YBM Tengku Razaleigh Hamzah (wakil rakyat Umno dan bekas pengerusi Petronas)

Dijemput datang beramai-ramai, dengan memakai baju MERAH! Untuk menyuarakan solidariti!


SILA BAWA SEJADAH, Solat Maghrib & Isya akan diadakan serentak dengan majlis.

Khianat Royalti Kelantan

Bubur Asyura punya Hal

Alhamdulillah baru-baru ini penulis bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan telah mengadakan satu majlis kacau bubur Asyura (sugho). Usaha ini sebagai satu titik permulaan bagi memasyarakatkan mahasiswa.



Majlis yang dijalankan ini adalah kolaborasi antara mahasiswa UMT dan masyarakat setempat. Sebanyak dua buah kawah telah digunakan bagi tujuan ini.





Antara aksi- aksi penulis dan sahabat-sahabat yang tarlibat semasa kuca (kacau) bubur Asyura.













Aksi saja tidak cukup...inilah hasilnya setelah berpenat-penat sehingga lebih 6 jam.



Selepas siap kami akan agihkan kepada masyarakat setempat.

Memasyarakatkan Mahasiswa


Kita sering menganggap bahawa mahasiswa dan masyarakat sekelilingnya adalah dua golongan yang berbeza.Mahasiswa adalah mahasiswa, dan masyarakat sekeliling pula adalah orang luar. Tidak memberi faedah antara 1 sama lain. Tidak saling bergantungan walaupun mungkin mempunyai kelebihan masing-masing yang boleh disumbangkan bersama.

Mahasiswa yang rata-ratanya golongan muda atau belia adalah aset terpenting kepada negara kita. Ayat yang selalu kita dengar, jika kita mahu lihat kemajuan sesuatu negara pada masa akan datang, lihatlah kekuatan golongan belianya. Bahkan Sukarno, mantan Presiden Republik Indonesia yang pertama juga dalam pidato terkenalnya mahukan 10 orang pendokong datangnya daripada golongan belia, pasti mereka dapat menggegar dunia.

Masyarakat sekeliling kampus juga mempunyai kekuatan yang tersendiri. Mereka ini datangnya daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza amat diperlukan mahasiswa masa kini. Sama ada kita sedar atau tidak, masyarakat sekeliling kita terutamanya sekitar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai masyarakat yang pelbagai seperti guru, pensyarah, peniaga, nelayan dan sebagainya.

Sebenarnya, mahasiswa haruslah mengambil peranan ini untuk turun kepada masyarakat sekelilingnya dan tidak tertumpu kepada aspek akademik universiti semata-mata, bahkan jiwa mahasiswa turun kepada masyarakat dan menjadi ‘catalyst’ kepada perkembangan kemahiran insaniah mahasiswa.

Jiwa mahasiswa turun kepada masyarakat sekelilingnya bermaksud segala kekuatan yang ada pada mahasiswa dapat mempengaruhi masyarakat dan mahasiswa perlu tahu bahawa mereka tidak hanya bergaul sesama mereka sahaja. Hal ini kerana, masyarakat sekeliling memang dahagakan mahasiswa memberikan sumbangan kepada mereka tidak kira walau dengan apa cara dan pendekatan sekalipun.

Oleh itu, mahasiswa secara tidak langsung akan menjadi agen-agen perubahan ke arah membentuk masyarakat dan negara yang lebih baik dan kehadiran mereka turut dirasai oleh masyarakat sekelilingnya.

Ya! itu yang penting…kehadiran mahasiswa dirasai masyarakat sekeliling dan memberi kebaikan kepada mereka.

Satu perkara yang penting kepada mahasiswa adalah kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah ini penting sebenarnya dalam persediaan mahasiswa sebelum mendapat segulung ijazah. Rata-rata mahasiswa hari ini mabuk dengan dunia akademik semata, tanpa memikirkan kemahiran-kemahiran sampingan lain yang menjadi kelebihan dari sudut komunikasi dan semasa alam pekerjaan nanti.

Kita mungkin boleh berkongsi sesuatu daripada masyarakat sekeliling yang mempunyai pengalaman-pengalaman yang pelbagai dan latar belakang yang berbeza.
Sebagai contoh, antara nelayan dan pensyarah. Mungkin kita sangka dua golongan ini mempunyai darjat yang berbeza. Pensyarah lebih bernilai dari si nelayan. Ya, betul dari satu sudut.

Tapi, ada sesuatu mutiara yang kita, mahasiswa terlepas pandang. Mungkin pensyarah boleh menyampaikan kuliah-kuliah berkenaan tangkapan ikan bahkan menyampaikan teori-teorinya secara saintifik dengan jelas tetapi secara praktikalnya bagaimana?

Lain pula dengan nelayan, walaupun teorinya, mereka tidak mendapat pelajaran secara formal. Mereka sebenarnya mendapat pengalaman-pengalaman yang berguna secara praktikal. Lama-kelamaan mereka akan lebih mahir dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam daripada pensyarah sendiri. Oleh itu, mendekati pelbagai golongan perlu dalam mengembangkan kemahiran insaniah dan sebagai nilai tambah dalam diri seseorang terutamanya golongan mahasiswa.



Inilah yang seharusnya mahasiswa celik dan buka minda. Memasyarakatkan mahasiswa! Mahasiswa tidak lagi bermain dalam medan kampus sahaja. Cubalah cari jalan atau pendekatan supaya martabat mahasiswa terus dijulang dan mendapat ‘respect’ masyarakat sekeliling. Ayuh mahasiswa! Berubahlah…

Universiti Malaysia Terengganu

Universiti Malaysia Terengganu