BANGKIT!!!
Posted onSunday, January 24, 2010 by PENDITA MUDA .
Kita sering menganggap bahawa mahasiswa dan masyarakat sekelilingnya adalah dua golongan yang berbeza.Mahasiswa adalah mahasiswa, dan masyarakat sekeliling pula adalah orang luar. Tidak memberi faedah antara 1 sama lain. Tidak saling bergantungan walaupun mungkin mempunyai kelebihan masing-masing yang boleh disumbangkan bersama.
Mahasiswa yang rata-ratanya golongan muda atau belia adalah aset terpenting kepada negara kita. Ayat yang selalu kita dengar, jika kita mahu lihat kemajuan sesuatu negara pada masa akan datang, lihatlah kekuatan golongan belianya. Bahkan Sukarno, mantan Presiden Republik Indonesia yang pertama juga dalam pidato terkenalnya mahukan 10 orang pendokong datangnya daripada golongan belia, pasti mereka dapat menggegar dunia.
Masyarakat sekeliling kampus juga mempunyai kekuatan yang tersendiri. Mereka ini datangnya daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza amat diperlukan mahasiswa masa kini. Sama ada kita sedar atau tidak, masyarakat sekeliling kita terutamanya sekitar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai masyarakat yang pelbagai seperti guru, pensyarah, peniaga, nelayan dan sebagainya.
Sebenarnya, mahasiswa haruslah mengambil peranan ini untuk turun kepada masyarakat sekelilingnya dan tidak tertumpu kepada aspek akademik universiti semata-mata, bahkan jiwa mahasiswa turun kepada masyarakat dan menjadi ‘catalyst’ kepada perkembangan kemahiran insaniah mahasiswa.
Jiwa mahasiswa turun kepada masyarakat sekelilingnya bermaksud segala kekuatan yang ada pada mahasiswa dapat mempengaruhi masyarakat dan mahasiswa perlu tahu bahawa mereka tidak hanya bergaul sesama mereka sahaja. Hal ini kerana, masyarakat sekeliling memang dahagakan mahasiswa memberikan sumbangan kepada mereka tidak kira walau dengan apa cara dan pendekatan sekalipun.
Oleh itu, mahasiswa secara tidak langsung akan menjadi agen-agen perubahan ke arah membentuk masyarakat dan negara yang lebih baik dan kehadiran mereka turut dirasai oleh masyarakat sekelilingnya.
Ya! itu yang penting…kehadiran mahasiswa dirasai masyarakat sekeliling dan memberi kebaikan kepada mereka.
Satu perkara yang penting kepada mahasiswa adalah kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah ini penting sebenarnya dalam persediaan mahasiswa sebelum mendapat segulung ijazah. Rata-rata mahasiswa hari ini mabuk dengan dunia akademik semata, tanpa memikirkan kemahiran-kemahiran sampingan lain yang menjadi kelebihan dari sudut komunikasi dan semasa alam pekerjaan nanti.
Kita mungkin boleh berkongsi sesuatu daripada masyarakat sekeliling yang mempunyai pengalaman-pengalaman yang pelbagai dan latar belakang yang berbeza.
Sebagai contoh, antara nelayan dan pensyarah. Mungkin kita sangka dua golongan ini mempunyai darjat yang berbeza. Pensyarah lebih bernilai dari si nelayan. Ya, betul dari satu sudut.
Tapi, ada sesuatu mutiara yang kita, mahasiswa terlepas pandang. Mungkin pensyarah boleh menyampaikan kuliah-kuliah berkenaan tangkapan ikan bahkan menyampaikan teori-teorinya secara saintifik dengan jelas tetapi secara praktikalnya bagaimana?
Lain pula dengan nelayan, walaupun teorinya, mereka tidak mendapat pelajaran secara formal. Mereka sebenarnya mendapat pengalaman-pengalaman yang berguna secara praktikal. Lama-kelamaan mereka akan lebih mahir dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam daripada pensyarah sendiri. Oleh itu, mendekati pelbagai golongan perlu dalam mengembangkan kemahiran insaniah dan sebagai nilai tambah dalam diri seseorang terutamanya golongan mahasiswa.
Inilah yang seharusnya mahasiswa celik dan buka minda. Memasyarakatkan mahasiswa! Mahasiswa tidak lagi bermain dalam medan kampus sahaja. Cubalah cari jalan atau pendekatan supaya martabat mahasiswa terus dijulang dan mendapat ‘respect’ masyarakat sekeliling. Ayuh mahasiswa! Berubahlah…
sori2..henset rosak..insyaAllah malam nanti ana bagitau pasal program kmj..still in office hour..x dan top up credit..kalau selalu on ym,add ana ismi_rozi.laa ni tengah keja lg.mlm iAllah free
Post a Comment