BANGKIT!!!
Posted onTuesday, March 31, 2009 by PENDITA MUDA .
Saya bukanlah seorang ahli sosiologi, jauh sekali seorang pakar kaunseling.
Saya hanyalah seorang manusia yang cuba memahami kemanusiaan.
Namun, untuk mendalami psikologi seseorang manusia, adalah cukup bagi saya untuk menyelami diri saya sendiri tanpa perlu terlebih dahulu meraih segulung ijazah dalam salah satu bidang yang saya sebutkan tadi. Pengamatan kritis terhadap manusia di sekeliling juga banyak membantu saya untuk memahami gelagat makhluk yang bernama MANUSIA, dan inilah yang saya cuba kongsi dengan anda semua, iaitu penafsiran saya tentang beberapa perkara yang melingkari kehidupan kita seharian.
Pada kali ini, saya ingin mengupas tentang beberapa aspek berkaitan HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, atau disebut sebagai hablumminannas, setelah menyedari kepincangan masyarakat dalam menterjemahkannya menurut aspirasi Islam. Kepincangan ini merupakan bahaya yang menjalar ke seluruh lapisan ummah, sehingga menyebabkan berlaku pelbagai kerosakan (fitnah) yang telah banyak membazirkan masa dan tenaga ummah, sedangkan musuh-musuh Islam mengenakan serangan bertali arus dalam usaha melenyapkan agama Allah dari muka bumi. Kita seolah-olah sedang membantu usaha syaitan, yang sentiasa mahu manusia berlaga di antara satu sama lain, saling berburuk sangka, tohmah menohmah dan bermusuhan. Kupasan saya pada kali ini lebih tertumpu kepada lingkungan penggerak dakwah, kerana kelompok ini merupakan kelompok crucial yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan, sebelum mereka tampil ke tengah-tengah masyarakat yang menghadapi keruntuhan akhlak yang serba rencam. Kegagalan para pendakwah menjaga nikmat persaudaraan atas satu agenda yang jelas, iaitu meninggikan kalimah Allah di muka bumi, akan membuka ruang yang luas buat kebatilan tertegak dengan jayanya.
KESEMPURNAAN ISLAM SEBAGAI AD-DEEN
Islam merupakan cara hidup yang terbaik dalam mengatur HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, iaitu daripada sekecil-kecil bentuk perhubungan, seperti lingkungan keluarga, persahabatan, kejiranan, sehinggalah ke sebesar-besar hubungan antarabangsa. Faktor berbilang bangsa, warna kulit, dan keturunan manusia tidak menjadi penghalang ke arah keharmonian HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, malah menjadikan ianya suatu peluang menyemai KESEFAHAMAN, TOLAK ANSUR DAN BANTU MEMBANTU diatas landasan yang UTAMA, iaitulah landasan TAQWA KEPADA ALLAH.
STANDARD UKHUWWAH MENURUT HASSAN AL-BANNA
“Serendah-rendah martabat ukhuwwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu, dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.”
Inilah intipati yang dijelaskan oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna tatkala mengupas tentang Rukun Ukhuwwah yang merupakan rukun ke 9 dalam Rukun Baiah.
Kelihatan ideal gagasan ini, dan ianya telahpun diterjemahkan secara praktis dalam kehidupan generasi didikan Rasulullah, dan turut direalisasikan oleh generasi Ikhwanul Muslimin. Betapa saranan Asy-Syahid ini telah membentuk suatu barisan mujahidin dan pendakwah yang mempunyai ikatan ukhuwwah Islamiyyah yang benar-benar utuh, sehingga mampu menggerunkan bala tentera Israel suatu ketika dahulu.
Standard ukhuwwah yang telah ditetapkan oleh Asy-Syahid, menggambarkan kepada kita bahawa kepentingan tautan hati dikalangan mereka yang mahu memikul amanah Allah, sepertimana yang pernah disebutnya :
“Kita tidak akan dikalahkan oleh sedikitnya bilangan kita, tidak juga kerana lemahnya peralatan kamu, juga kerana ramainya musuh kamu, bukannya kerana penguasaan musuh kamu. Walapun penduduk dunia bersatu menentangmu nescaya mereka tidak berupaya kecuali apa yang telah ditetapkan kepadamu. Tetapi kamu akan kalah dengan sebenarnya dan hilang segala perkara yang menyambung kepada kemenangan dengan beberapa sebab antaranya : APABILA ROSAKNYA HATI KAMU dan ALLAH TIDAK MEMBAIKI AMALAN KAMU, atau APABILA KAMU TIDAK BERSATU DAN BERLAINAN PENDAPAT. Jika kamu mengambil jalan ketaatan terhadapNya semua yang diredhaiNya maka janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu sedih kerana sesungguhnya kamulah yang tinggi serta Allah bersama kamu dan Allah sekali-kali tidak akan mengurangkan pahala amalan kamu.”
BERLAPANG DADA atau SAKIT DADA
Melihat kepada realiti yang berlaku dikalangan penggerak dakwah masa kini, saya berpendapat bahawa idea ini seolah-olah merupakan suatu gagasan yang MASIH GAGAL DIPERINCIKAN oleh kebanyakan pendakwah. Justifikasi kepada kenyataan saya ini ialah setelah melihat berlaku banyak konflik berhubung interaksi sesama pendakwah dalam tugas seharian, tidak ditangani secara positif dan membina, sebaliknya menerbitkan bibit perpecahan dan keretakan dikalangan pendakwah.
Penyakit-penyakit dalaman seperti sikap bersangka buruk sesama sahabat seperjuangan, mengumpat tentang aib orang, hasad dengki yang dikatakan sinonim dengan bangsa Melayu, rupanya tidak tertapis sejurus selepas baiah dilafaz untuk bersatu memikul beban dakwah. Sebaliknya ia terus turut diimport masuk ke dalam gerakan Islam yang pastinya memerlukan petugas-petugas yang ‘sihat’ dalamannya, sepertimana sebuah bangunan yang baik memerlukan batu bata yang berkualiti. Nampaknya program-program latihan yang mereka jalani masih belum mampu menanggalkan sikap-sikap negatif tersebut daripada menjalar masuk menjadi virus yang merosakkan akar ukhuwwah Islamiyyah yang suci.
APA SOLUSINYA
Memandangkan penyakit dalaman lebih merbahaya dan halus berbanding penyakit luaran (penyakit luaran boleh dirawat oleh doktor di hospital, tetapi hasad dengki bagaimana?), maka kita perlu sama-sama mencari solusi untuk menemukan ubat yang TEPAT dan preskripsi (manual) yang PRAKTIS buat semua petugas yang masih belum dijangkiti penyakit dalaman tersebut.
Pertamanya, kita perlu MEMPERINCIKAN KEMBALI apakah yang dimaksudkan dengan konsep BERLAPANG DADA dalam realiti pendakwah di Malaysia yang rata-ratanya berbangsa Melayu. Kemudian barulah kita boleh mengemukakan ubat yang TERBAIK sebagai usaha cegah lintang terhadap merebaknya penyakit ini pada masa akan datang.
Sebelum saya pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk kita terlebih dahulu mengukuhkan kefahaman kita terhadap 2 hakikat yang merupakan muqaddimah kepada usaha mencari solusi mengubat penyakit ini.
HAKIKAT PERTAMA : MANUSIA PASTI MELAKUKAN KESILAPAN
Hakikat pertama yang perlu difahami ialah seluruh manusia, termasuk para Nabi dan Rasul, tidak terlepas daripada melakukan KESILAPAN. Hanyasanya para Nabi dan Rasul itu ditempatkan pada darjat yang lebih tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan yang MAKSUM, yakni terpelihara daripada melakukan dosa. Sedangkan manusia biasa pasti akan melakukan kesilapan, sama ada secara sengaja atau tidak.
HAKIKAT KEDUA : HASUTAN SYAITAN
Hakikat seterusnya yang perlu dipasakkan dalam pemikiran kita ialah setiap manusia keturunan Adam mempunyai musuh utama hingga ke hari kiamat, iaitu SYAITAN LAKNATULLAH, yang telahpun menjelaskan kepada Allah, bahawa mereka akan menyesatkan manusia di dunia agar berpaling daripada menyembah-Nya.
Tujuan saya mengajak anda semua mencermati kedua-dua hakikat ini, bukanlah sebagai satu tiket untuk kita berputus asa daripada memperbaiki diri dari semasa ke semasa, tetapi bertujuan supaya kita dapat menjadikan ia sebagai suatu muqaddimah kepada bagaimana kita MEMPERINCIKAN KONSEP BERLAPANG DADA.
Maka, apabila kita jelas tentang kedua-dua hakikat ini, akan wujud 3 kebaikan secara timbal balik iaitu :
1. Kita akan memberi peluang kepada sahabat untuk memperbaiki kesilapannya sama ada kecil atau besar (HABLUMMINALLAH : bertaubat, HABLUMMINANNAS : memulangkan yang haq) sepertimana kita juga mahu diberi peluang oleh sahabat kita untuk memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan
2. Kita tidak mudah menghebahkan kesilapan dan keaiban (sekalipun ianya benar) selagimana kita belum merujuk atau menegur sahabat secara personal (kerana konsep PENDAKWAH, BUKAN PENGHUKUM perlu diterjemah dikalangan PENDAKWAH dahulu, sebelum diterjemah dalam masyarakat), sepertimana kita juga tidak rela keaiban kita tersebar tanpa terlebih dahulu ditegur dan dinasihati
3. Kita akan menutup serapat-rapatnya pintu permusuhan dan penyebaran aib ataupun mengelakkan keretakan dan sangka buruk dikalangan penggerak dakwah yang seangkatan (FIQH AWLAWIYYAT : menolak mafsadah dan mendatangkan maslahah)
JANGAN BERSUBAHAT MENGGUGURKAN SAHABAT DARI JALAN DAKWAH
Memandangkan gerak kerja amal jamaie merupakan tanggungjawab berpasukan, maka interaksi sesama ahli gerakan akan mempengaruhi kelancaran dan keharmonian gerakan tersebut. Maka, setiap ahli akan menjadi pintu yang membentengi sebarang fitnah dan perancangan jahat yang cuba disusupkan ke dalam jemaah. Sesebuah gerakan yang sentiasa panas dengan konflik dan fitnah, kebiasaannya disebabkan oleh kegagalan ahlinya mendisiplinkan diri menurut akhlak yang telah ditetapkan oleh gerakan tersebut, hingga menyebabkan pintu terbuka untuk hasutan syaitan dan musuh-musuh Islam. Apabila akhlak ahli menjadi pincang, maka akan berlaku ketidaksefahaman, buruk sangka, saling tuduh menuduh, dan pergaduhan sehingga boleh menjejaskan tautan hati sesama ahli serta kelancaran gerak kerja amal jamaie.
Saya percaya bahawa apa jua konflik dan permasalahan boleh diselesaikan dengan baik selagimana kita bertindak menanganinya secara positif dan berhikmah. Dalam soal ini, secara umumnya, sikap kita dalam menangani perselisihan sesama penggerak dakwah perlu LEBIH HALUS dengan cara kita menangani perselisihan dengan musuh. Berkasih sayang, berlemah lembut sesama mukmin, dan bertegas dan berkeras terhadap orang musuh-musuh Islam.
CADANGAN PERINCIAN TERHADAP KONSEP BERLAPANG DADA
Apabila salah seorang individu di dalam sesebuah gerakan melakukan kesilapan, atau kemaksiatan atau kecuaian atau apa jua yang seerti dengannya, maka, selaku seorang SAUDARA yang diikat dengannya atas IKATAN AQIDAH, kita perlulah bertindak menanganinya dengan segera, dengan mengatur langkah-langkah yang cermat, tidak terburu-buru dan sentiasa positif terhadapnya. Jika kita diajar untuk menjadi seorang PENDAKWAH, bukannya PENGHUKUM dalam konteks dakwah terhadap masyarakat luar, maka ia lebih-lebih lagi dituntut dalam konteks kita cuba menasihati, membetulkan SAHABAT SEPERJUANGAN dengan penuh KESABARAN sepertimana yang dijelaskan dalam Surah Al-Asr.
Apa yang perlu anda lakukan ?
1. Perhatikan dan analisa terlebih dahulu tentang gelagat/tingkahlaku sahabat tersebut, sebagai pre-assumption terhadap punca dia melakukan kesilapan
2. Mencari ruang dan peluang terbaik dalam masa terdekat untuk menemuinya secara personal, tanpa dia menyedari bahawa anda telah menyedari kesilapan yang dia telah lakukan. Ini penting untuk memastikan mood sahabat itu dalam keadaan baik dan tidak resah supaya tidak menjejaskan peluang untuk kita bertanya secara personal dengannya
3. Berbual-bual ringan dahulu dengannya sebelum secara perlahan-lahan bertanyakan tentang masalah yang dihadapinya. Gunakan kaedah, “People don’t care how much you know, until they know how much you care” serta “Seek first, then to be understood”, kerana kita mungkin hanya dapat assume secara zahir, dan berdasarkan pengalaman saya, kadangkala masalah sebenar berlawanan dengan zahir yang terpapar. Sejak awal-awal lagi, amat penting bagi kita untuk tidak meletakkan sahabat di dalam ‘kandang pesalah’.
4. Nasihat dan pujuknya dalam nada konstruktif, berikan harapan kepadanya serta berjanji untuk membantunya bila-bila masa. Lembutkan hatinya dengan kata-kata yang positif dan kuatkannya untuk bangkit kembali memperbaiki kesilapan.
5. Terakhir, selepas selesai sesi HATI ke HATI, pastikan anda melupakan segala kesilapannya, seolah-olah anda baru mengenalinya dan jangan menceritakan kepada orang lain tentang sesi HATI ke HATI yang telah kamu berdua lalui.
Nah, bukankah MUDAH dan POSITIF kaedahnya? Inilah yang perlu dipraktikkan oleh penggerak dakwah dalam lingkungan mereka terlebih dahulu sebelum menterjemahkannya dalam lingkungan masyarakat luar. Inilah caranya kita memperincikan konsep BERLAPANG DADA.
Jika semua penggerak dakwah mampu menghayati konsep BERLAPANG DADA ini dengan baik, maka hampalah barisan tentera syaitan dan musuh-musuh Islam yang setiap saat merungkai tautan hati para penggerak dakwah. Kerana mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam terletak kepada kesatuan, dan kelemahan umat Islam berpunca daripada perpecahan dan hubungan yang rapuh dengan Allah swt.
Ayuh penggerak dakwah ! BERLAPANG DADA lah dengan SAUDARAMU, sesungguhnya Allah SUKA melihat umat Islam seperti bangunan yang tersusun kukuh (Allah BENCI melihat umat Islam bercerai berai dan bersangka buruk)!!
JADILAH DAIE YANG HADIRNYA DISENANGI
DAN PEMERGIANNYA DIRASAI
KERANA MENCARI DAIE YANG AMANAH DAN ISTIQAMAH ITU
IBARAT MENCARI PERMATA DI DALAM TIMBUNAN BATU...
Salam Perjuangan,

Salam perjuangan...
Ukhwah jika berlandaskan aqidah yang mantap, persaudaraan aqidahlah yang paling mantap berbanding persaudaraan darah daging.
tapi camne nak ber"ukhwah" jika perangai selalu mencari aib orang. Cari aib, sebar aib, menghebah2kan aib shbt... Ya Allah jauhi sahabat2ku dari sikap ini...
Al-Hujurat 11 "Hai orang2 yg beriman, janganlah kamu menghina(mencaci) suatu kaum yg lain krn boleh jd kaum yg dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina"
Rasulullah SAW bersabda " Seorang mukmin bukanlah seorang yang SUKA MENCACI, BUKAN suka MENGHINA, bukan SUKA berbuat KEJI dan bukan orang yg SUKA BERCAKAP KEJI" (riwayat muslim)
Jadilah kita sahabat yang menyebab hidayah kepada shbt, bukan penyebab dhalalah=)
salam..syabas,penulisan yang telus dan penuh berisi..Tapi kadang-kadang hairan juga melihat sahabat yg terlampau berlapang dada sehingga sanggup membela dan memertahankan kesilapan sahabatnya secara membuta tuli.. ia sungguh bersangka baik sehingga kesalahan sahabatnya tidak ditegur dan seolah-olah sahabatnya tidak pernah melakukan keasalahan.. Dah lari konsep ukhwah islamiyyah.. Memang kita xboleh percaya 100% jika terdengar khabar buruk tentang sahabat kita tapi jika perkara itu sangat menonjol, kitalah sahabat yg perlu berperanan menyelidik dan menegur jika benar ia salah. itulah tanda sayangkan shabat.. kadang-kadang kita tersilap menyayangi hingga di akhirat menjadi musuh apabila sahabat yg membuat kesalahn mengatakan bahawa tiada yg menegurnya.. nauzubillah.. dan ada juga sahabt yg apabila ditegur langsung tidak menerima teguran dan langsung berprasangka buruk terhadap sahabat yg menegur kononnya sahabat itu yg telah mencanagkan segala yg buruk tentangya kpd semua orang.. hingga semua org memandang serong pada yg menegur..hingga keluar perkataan menghasut..owh, dimana prasangka baik kalian di waktu itu?? bukankah ia sahabta kalian juga? sedangkan mungkin kesalahan itu terlalu jelas sehingga dapt dilihat oleh org lain tanpa perlu ada mulut2 yg menyebarkan.. mungkin kita perlu fikir sejenak, kita sentiasa meminta pada Allah supaya tunjukkan jalan yg benar kepada kita, semoga Allah membuka hijabnya sehingga kita dapat menilai mana yg baik dan mana yg buruk,mana yg benar dan mana yg salah..komen ini tiada kaitan dengan yg masih hidup,yg telah mati atau yg on the way mati..