Firman Allah S.W.T

65. Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.

66. Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

(surah al-Anfal)

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberi peluang untuk berkongsi kefahaman tentang ayat-ayat Allah S.W.T. Dengan keadaan dunia sekarang yang tidak menentu dan sahabat-sahabat kita di Palestin bermandi darah setiap hari, ambillah masa seketika mendoakan kejayaan mereka mengalahkan Yahudi laknatullah. Kerana doa itu adalah senjata bagi orang2 mukmin.

Dan sentiasalah bermuhasabah jika 'keadaan' kita yang tidak mampu ke sana, apakah sumbangan kita untuk menegakkan agama Allah di tempat sendiri? Adakah tidak sama kesusahan perjuangan kita yang berjuang untuk Islam di tempat sendiri dengan perjuangan rakyat Palestin? Itu satu pertanyaan yang mungkin mencabar diri kita tatkala suasana 'zon selesa' di Malaysia tercinta ini.

Berbalik kepada surah al-Anfal itu tadi, sudah jelas diberitakan Allah kepada kita bahawa setiap orang mukmin yang berperang pada jalan Allah bersamaan kekuatan dengan 10 orang musuh Islam. Dan jika seorang Islam tersebut mempunyai kelemahan2 tertentu, masih bersamaan kekuatan dengan 2 orang musuh Islam. Jadi, umat Islam masih terkehadapan berbanding musuh Islam.

Tetapi, adakah keadaan ini boleh berlaku? Walaupun kita dapat lihat umat Islam sentiasa terkebelakang. Dari aspek akademik, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya semuanya dimonopoli oleh orang bukan Islam. Ini suatu tamparan besar bagi kita.

Sebenarnya syarat utama yang hendak dijelaskan pada ayat ini adalah kesabaran. Sabar adalah satu kesimpulan awal kepada Mujahidin Islam mendapat kemenangan! Umat Islam harusnya bersabar dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Umat Islam harus sabar dalam menuntut ilmu. Bukan bermaksud mengalah tetapi cuba melakukan yang terbaik! Sabar dalam berjihad kepada Allah SWT. Jihad bermaksud bersungguh2 dalam mempertahankan Islam dari segenap sudut sehingga daya yang terakhir dan bukan sekadar omongan kosong.

Harus sabar dalam menerima tarbiyyah daripada naqib atau murabbi supaya dapat membentuk individu muslim yang lasak menghadapi ujian dan keganasan. Pernah terbaca, umat yang tidak mahu menerima tarbiyyah umpama tin kosong, yang hanya kuat berbunyi tetapi tiada ketahanan dan mungkin berkarat.

Dari aspek sejarah Islam pula, tentera Islam yang dianggotai sahabat2 nabi Muhammad saw telah mengalami kemenangan dalam peperangan Mu'tah walaupun bilangan tentera yang sedikit, bekalan makanan yang berkurangan dan tiada kelengkapan persenjataan yang moden. Salah satu faktor yang mendorong kejayaan tersebut adalah kesabaran yang tinggi di kalangan sahabat2 walaupun terpaksa menentang bilangan tentera kuffar yang lebih '66 kali ganda' dari umat Islam itu sendiri.

Itulah janji2 Allah SWT kepada umat Islam yang benar2 mahu memperjuangkan Islam. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, namun kita diberi keistimewaan daripada Allah SWT hendaknya. InsyaAllah...saat ini 1 lagi kemenangan Islam di negara kita. Semoga kita tidak alpa dengan kemenangan di Kuala Terengganu ini. Tidak juga melupakan kesengsaraan yang dialami sahabat kita di Palestina!

Sabar itu indah... Andai segalanya kerana Allah SWT

Wallahua'lam...salam

18 Jan 2009